Tuesday, 9 September 2014

Kisah Semalam, hari ini dan esok...

Semalam kita masih bertatih mencari erti dahaga dan lapar,
Semalam kita belajar mengenal ABC dan 123,
Semalam kita mengaji aliff, ba, dan ta,
Semalam kita belajar adab dari orang tua,
tunduk, senyum dan tidak melawan,

tapi...

Hari ini kita sudah kenal dunia,
kita dah ada kawan-kawan,
hari ini kita lebihkan kawan-kawan,
kita dengar kata kawan-kawan,
dari kata-kata ibu bapa dan guru kita,
kisah semalam itu kita dah lupa,
kisah semalam itu hanya sebuah nota kecil,
yang tidak perlu dibaca berulang-ulang,
kerana hari ini kita dah hand phone,
kita dah whatsapp, we chat, face book,
untuk mencari bertanya khabar kawan-kawan,
pendapat mereka,
tetapi ibu bapa dan guru kita hanya kisah semalam,

dan...

kisah hari esok masih dalam penulisan DIA...
sama ada kita jadi insan atau nisan...
kawan-kawan yang baik adalah penyeri di syurga dunia,


No comments:

Post a Comment